Bersahaja


Take a deep breath and lets us enjoy the world 

~Yo :)) assalammualaikum

Apa khabar hari ni , sihat ? Mm , apa ? Ada kelainan sikit hari ni . Ohh , ye .. Saje nak pakai bahasa ibunda hari ni , malas asyik berbahasa penjajah je . [ dia yg taip pakai bahasa penjajah , pastu kutuk diri sendiri balik . apa laa ] Hohoho , dah datang gila aku dah ni . Mesti meluat korang baca kan :)) Whatever laa . Aku tulis bukan untuk mintak pendapat pon (Y) .

Hm , hari ni hari tenung-tenung 'sedunia Aku' . Kenapa ? Ada laa sebabnya . Semua orang aku nk tenung dan pandang macam diorang ada buat salah . Cari pasal ? Mana ada . Itu adalah hobi je :) Classmate aku pon dah dapat terima 'hobi' aneh aku ni . Jadi , benda tu dah jadi biasa laa . Ahh , apa kau merepek ni . Orang tak nak tau pon laa kisah hidup kau yang membosankan tu . Entah apa-apa entah minah sorang ni .

Mm , esok jamuan kelas kitorang untuk tahun 2012 ni . Dan aku ialah orang yang bertanggungjawab merancang persiapan dan kelancaran jamuan tu nanti . Aku harap jamuan kali ni semeriah dan se-best jamuan raya kelas tahun lepas yang diuruskan oleh Hajar dan Syaidatul . Mereka adalah penasihat yang menjadi tempat rujukan hamba bertanya dan menuntut ilmu rancang-merancang jamuan . Cewahh , gitu pulakk ehh XD Hohho . Tapi serius , aku langsung tak tahu apa-apa pasal merancang jamuan . Memang banyak mintak tunjuk ajar diorang je laa . Kalau diorang tak ada , tak tahu la apa akan jadi pada jamuan kelas kitorang nanti .

Berdebar jugak menunggu hari esok a.k.a hari jamuan tu nanti . Takut tak best . Takut orang tak suka dengan menu ke , perancangan yang tak mantap ke atau apa-apa je laa yang boleh mengganggu ruangan hati ni . Okk , aku tahu aku tak perlu ambik kisah apa orang lain fikir dan rasa pasal aku .  Tapi aku dilahirkan dengan sifat sebegitu . Jadi sikit - sebanyak aku tetap akan kisah jugak :) Mm , okk laa . Aku da malas nak memekak lagi pada petang hari yang damai ni . Aku harap korang  tak kisah aku memekak ni ye [ boleh x kau stop ambik kisah ape yg org lain fikir psl kau . rimas pulak aku tngok ] Hahha , okk . . okk aku berhenti memekak . Semoga hari ini lebih baik daripada semalam .

~Wassalam , xoxo

No comments:

Post a Comment