Hate + Love = Have


~Assalammualaikum and hyee

Gong Xi Fa Chai istimewa untuk XinHui , KahKei , HueyLin , JoeLi , MeyChan , ZingYi , AikSeng dan semua kaum cina di Malaysia . Sorry lambat wish ^^" Muahahhaha , err .. 

Satt , nampak tak dua budak kat atas tu :)) Yang lentok-lentok dan malu-malu taik kucing tu . Kk , yang sebelah kanan tu comel , yang sebelah kiri tu 'kacak' , kan ? Alaa , ngaku aje laa . Buat apa sorok-sorok ;)) Err , okk . Whatever . That's not the point . Haa , itu laa demam lama sangat sampai dah naik merapu cakap . Haishh -,-

Kenapa mesti gambar ni ? Sebab gambar ni ada aq dan dia sebagai modelnya ;D Err , [ makin meluat aku dengan budak ni ] Apa kaitannya ? Sabar laa , nak masuk tajuk da laa ni . Okk , gambar ni diambil masa gotong-royong sekolah minggu lepas .. kott . Budak kelas kitorang majoriti da nak balik . 

Thankfully Raihah was there willing to snap that picture for me :)) Thanks , dear . Tak nak aq suruh Nabil yang berdekatan untuk tolong snap kan . Err .. Anyway , entri ni tak ada kaitan dengan cerita di sebalik gambar ni atau cerita masa gotong-royong tu . Entri ni berkaitan dengan dua orang budak kat atas tu je . Dua orang tu sahaja .

Aku mula kenal Nur Zawani binti Ahmad Sandara Lela Putera ni masa tingkatan 1 . Aku sedar akan kewujudan dia sejak sekolah rendah lagi . Macam mana ? Mau tak perasan , setiap kali aq pergi KAFA aq nampak dia jalan laju-laju pergi URESS . Dengan imej comel seorang pelajar sekolah rendah yang innocent tu :) Muahahha

Okk , itu intro sejarah je . Masa tingkatan 1 , aq dengan dia agak rapat jugakk . Nak tau kenapa ? Sebab aq baru kehilangan sahabat sejati sehidup semati aq masa tu . Aq yang tak tahu nak cakap dengan siapa mula laa berbual-bual dengan dia . Kebetulan , kitorang satu meja waktu Sains dulu . Jadi memang agak ngam laa . Lagi satu , aq dan dia sama-sama anak cikgu . Jadi kitorang balik pon jalan laa sama-sama , sorang ke pejabat .. sorang ke bilik guru :)

Tapi , masuk tingkatan 2 . Aq tak tau apa masalah aq entah , aq jadi kurang rapat dan asyik nak cakap buruk je pasal dia . Entah apa laa dosa kau kan . Tak pasal-pasal jadi bahan untuk mulut aq berkata . Anyway , aq memang macam tu kott . Sebab bila kita borak-borak kita okk je kan , kan , kann ? Wani , kann [ wani : ==" ] Hahha , tak apa laa . Layan kan aje aq ni , kk . Pastu , aq ni jahat , kan ? Selalu buat kau nangis . Entah apa masalah aq entah , asyik nak gaduhhh je memanjang , err ..

Dah laa tu , tak pernah teringin nak faham dan memahami . Aq jarang datang kat kau bila kau nangis , moody , sedihh dan sebagainya . Aq sebenarnya tak tau nak pujuk . Aq takut , bila aq pujuk aq akan keluar kan kata-kata yang makin memburukkan keadaan . Kenapa ? Tak tau laa aq nak jawab apa .. Mungkin sebab aq ni kasar orang nya . Jadi mungkin kalau aq memujuk pon aq akan bercakap kasar jugakk nanti , haishh -,-"

Masuk tingkatan 3 , aq dan kau da mula clean and clear sikit . Aq tau kau tau yang aq masa tingkatan 2 macam tu , kan .  Kita pon kejap baik kejap masam-masam , kan . Lagipun , kalau asyik manis memanjang hidup ni .. Muak jugakk , kan . Anyway , yang penting sekarang kita da clear :) Yeayy .. Macam mana laa kau tak nangis layan budak jahat ni kan . Maaf kan aq kk .. Korang yang lain pon maaf kan aq jugakk tau , aq da sememangnya macam ni . Insyallah aq cuba ubah jadi good girl pulak kk . Doa-doakan laa aq ni ;)) Sayangg Wani :3 Sayang korangg jugakk :)
We = Love + Hate = Have
~Wassalam , xoxo

No comments:

Post a Comment