Memory


~Assalammualaikum , konnichiwa

Huaa , today's weather is quite windy and gloomy . The internet line is slow too . Errh , frustrating . But , does anyone care ? Nope . So , lets just continue with today's entry ;D I suddenly remembered something from my elementary's school memory a few days ago . I thought it would be interesting to be told here .

Masa tu , aq darjah 3 dan ketika itu merupakan bulan kemerdekaan yang ke-50 kalau tak silap . Sekolah ada buat aktiviti dan pertandingan sempena bulan kemerdekaan tu . Salah satu daripadanya , ialah nyanyian lagu patriotik . Setiap kelas kena hantar satu kumpulan sebagai wakil kelas . Aku join untuk jadi wakil kelas kitorang masa tu , 3 Gemilang :)

Kitorang semua bincang macam mana nak persembahkan lagu yang kitorang dah pilih iaitu Malaysiaku Gemilang . Guru kelas kitorang , Pn. Asni Julaihee , pon ikut bincang sekali . Cikgu Asni laa guru tari kitorang . Beruntung dapat guru tari macam cikgu ;)) Cikgu suruh kitorang pusing-pusing , angkat bendera , duduk berdiri dan banyak lagi laa . Tak tertulis semuanya kat sini :D Kitorang pon berlatih dengan gigih demi kelas tercinta :P Siap tersasul-sasul lirik semua , hahha .

Cikgu pulak dengan rajin dan bersemangatnya , siap tolong buat props pakaian kitorang dengan bantuan anak dia - Kak Wana :) Kitorang tak tau yang cikgu buat semua tu sampai laa hari battle , cewahh . Pertandingannya pagi , jadi kitorang yang aq tak ingat gilirannya ke berapa pergi laa kedek-kedek jumpa cikgu . Tau-tau je da ada selempang Jalur Gemilang . Cikgu tolong siapkan kitorang pagi tu dan bagi sorang satu nasihat dan semangat .

Lepas disiapkan oleh cikgu , kitorang berderet-deret kat tepi pentas tengok kelas lain nyanyi . Berdebar-debar , tak usah cakap laa . Bila tiba giliran kitorang , kitorang "just do it" . Tak fikir apa dah . Semua tersengih kat atas pentas bila tengok budak-budak kat bawah tu terdiam . Tapi bahagian yang paling best adalah ending persembahan kitorang . Kenapa ?

Kitorang buat gimik sikit . Apa gimiknya ? Haa , kitorang berlakon bagai Tugu Negara . Betul-betul weyh . Siap dengan senapang dan bendera besar sebatang tauu . Kau ada ? Hahha :D Aq jadi salah sorang perwira yang terkorban da terbaring kat Tugu Negara tu . Tak tau yang mana ? Haishh , meh aq tunjuk gambar Tugu Negara sikit haa >>

Klik untuk tengok besar-besar
Haa , pilih laa salah sorang yang terbaring tu . Itu laa watak aq ketika gimik tu . Paling tak tahan , kawan-kawan kitorang yang bawak senapang tu siap main tembak-tembak lagi . Ye laa , senapang mainan . Berbunyi laa dia . Terpegun budak-budak kat bawah tu . Kami yang tengah berlakon "gugur di medan perang" ni kena tutup mata . Nak dapat "feel" laa kata kan . Tutup laa mata dalam seminit , pastu terdengar satu dewan tepuk tangan . Muahahhaha , terharu kitorang . Ehem , ehem .. Gimik ni idea kitorang sendiri tauu .

Cikgu pon gembira tengok persembahan kitorang . Lepas da habis tu , kitorang dengan gelojohnya memulangkan props-props cikgu sebab tak sabar nak tengok kelas lain buat persembahan lagi . Tengok punya tengok , akhirnya habis semua pertandingan hari tu . Berdebar lagi kitorang semua ni . Menunggu keputusan "finale" laa katakan , cewahh ;DD Satu demi satu kategori pertandingan diumumkan , tapi tak sampai-sampai jugakk kategori nyanyian berkumpulan . Sengaja je menguji kesabaran kitorang yang hampir lemas dalam debaran ni ;D

Akhirnya , masa yang ditunggu-tunggu tiba jua . Kelas yang menang kategori nyanyian berkumpulan disebut satu persatu oleh MC dengan penuh saspensnya . Apa dia ingat ni rancangan Akademi Fantasia ? Haishh , jenuh menunggu tau tak . Lepas je dia umumkan pemenang tempat ketiga , kitorang ingat kitorang da tak ada harapan lagi da . Semua da buat muka 10 sen . 'Tak ada harapan laa kita ni' 'Macam tak ada je kelas kita' ' Bila kelas  dia nak panggil kelas kita ni' adalah antara dialog kitorang masa tu .

Tiba-tiba , 'Johan pertandingan nyanyian berkumpulan jatuh kepada ... 3 Gemilang !!' . Semua bertukar muka buat muka lolipop , berwarna-warni ceria sekali :DD Muahahha , happy nya masa tu . Ketua kumpulan pon naik laa ke pentas dan menerima hadiah tu sebagai wakil kelas . Kitorang yang kat bawah da terloncat-loncat dengan gembira nya . Cikgu Asni pon kitorang bantai peluk sekali . Sebab ada cikgu tari macam cikgu laa , persembahan kitorang menjadi . Terima kasih cikgu .

Haishh , kenangan ni memang indah laa . Rasanya , tak kan dapat lagi untuk masa depan . Tak kan merasa nak buat macam tu kat sekolah menengah ni punya . Terasa pulak kemanisannya sampai sekarang . Haihh .. :)
Memories never fade
~Wassalam , xoxo

No comments:

Post a Comment