The Cute K F

Maaf ><' Ambil tanpa kebenaran . Anyway , comel kann :3

~Assalammualaikum , heyy-heyy

Hari ni terasa nak release tension sikit lepas slot Bahasa Inggeris dengan Mr. J P kat sekolah tadi . Jadi aq pon buka laa google dan tiba-tiba , teringin pulak nak tukar style tudung [ MK gedik memang macam ni :P ] Tengah google-google tutorial tudung bawal simple , tiba-tiba boleh sampai ke satu link blog ni . Untung-untung pulak blog tu best dan awesome :D

Mula laa baca entri-entri dia dari yg paling baru sampai laa ke entri yang satu ni . Kenapa tersekat ? Mm , sebab entri ni terasa macam mencuri hati aq untuk di kongsikan kat sini . Maaf laa kak kalau saya ambik link akak tanpa kebenaran (Y) Sayang akak , cewahh [ sejak bila entah dia kenal kau ? ] Okk , okk . Aq tau aq dah mula merepek-repek jadi adalah teramat baik jikalau aq sampai kan terus hajat di hati ni ha . Mm , entri ni entah kenapa buat aq membeleknya berkali-kali . Okk , ini link nya . Klik aje korang akan nampak wajah comel akak tu . Oo serius aq geram tengok muka dia . Comel sangatt . Terasa nak cubit-cubit je kalau dekat ;DD

Haa , dah baca dah ? Baca sampai habis tauu :O Jangan tipu kitaa . Hee , okk aq saja menggedik . Anyway , rasanya korang faham kot kenapa aq rasa hati aq dicuri oleh entri ni kan . Maniss sungguh kawan-kawan akak tu . Siap buat surprise birthday celebration lagi kann ? Nak tau kenapa aq boleh tertarik dengan kisah ni ? Aq selalu terfikir pasal kenangan-kenangan yang nak dibuat untuk tahun ni . Sebab tahun ni merupakan tahun terakhir buat kebanyakan daripada kitorang . Walaupun baru form 3 . So , bila aq baca entri tu aq terasa macam cool jugak . Setiap hari lahir budak-budak kelas , kitorang buat macam tu . Perghh , mau pengsan semua adik-beradik Plutonians aq tu . Hahha , tak kisah laa ..

Aq cuma terfikir . Sebab terasa macam peristiwa tu maniss je untuk dikenang sepanjang zaman , cewahh kann :D Serius , maniss kann ? Korang rasa sama macam aq tak ? Err , okk . Takpe laa . Aq tau aq syok sendiri . Anyway , kongsi kan laa apa-apa yang korang rasa pasal benda ni kk . I need opinions :D
They are the sweetest thing I have ever tasted . Love all , them and you ♥ ;3
~Wassalam , xoxo

Sayu


~Assalammualaikum , hye

Bila dah sampai tahap macam ni , soalan tu menjadi lazim . Sama macam masa UPSR dulu :) Kawan-kawan semua tanya " Kau nak pergi sekolah mana ? " " Kau nak pindah mana ? " Masa tu , memang aq berkobar-kobar cakap nak masuk SBP . SBP impian aq - SEMESRA . Yup , dekat je dengan rumah . Tapi entah kenapa aq rasa macam dah jatuh cinta kat sekolah tu . Aq bukan nya kisah ada kawan sekolah rendah nak ikut masuk SEMESRA atau tak . Yang aq tau , aq nak masuk sekolah tu . Sungguh .

Tapi bukan rezeki aq nak masuk sekolah tu . Jadi laa aq URESSIAN sampai sekarang . Aq dah tak nak dengar lagi soalan tu . Tapi , hidup umpama roda . Suatu hari , ia pasti berulang lagi . Cuma kita tak tau , bila . Sekarang , soalan tu kembali popular . Aq rasa macam senget dengar orang bertanya pasal hal tu . Aq tak tau kenapa . Aq tak mahu :(

Semalam berbual-bual dengan zombie . Tiba-tiba Ain post kat group 3 Pluto "  Tahun depan sape nak pindah sekolah? Korang nak pindah kat mane? :o " Lepas tu , zombie kata " Aq tak tau lagi " Aq pun tanya laa , betul-betul nak pindah ke . Dia cakap tak tau lagi . Tapi dari gaya dia cakap tu , macam ada kemungkinan dia nak pergi . Terus suasana perbualan bertukar sayu .

Dia berkemungkinan untuk pindah ke luar NS jugak . Kenapa jauh sangattt ? Aq terus lembik bila tau destinasi dia tu . Aq tak mahu . Aq tak hendak . Aq yang tak bercadang nak berpindah jauh pun terus rasa nak pindah kampung . KL ada atuk . Johor ada Cik UG . Melaka ? Takde siapa-siapa :/ Mwaa , sekolah apa yang ada kat Melaka tu pun aq tak tau melainkan MRSM Alor Gajah dan MOZAC . Yang lain macam jauh je dari Abah n' Mama . Yess , aq anak sulung yang manjaaa :3

Awak , kalau awak pindah . Entah macam mana laa awak kat sana , entah macam mana pulak kite kat sini . Macam-macam dah terbayang kat kepala ni bila awak kat sekolah lain . Itu laa , ini laa , erghh .. terasa macam nak gigit-gigit je kepala ni haa . Awak jangan laa pindah ye . Maaf laa . Tapi macam ni laa aq kalau dah mula terbayang masa hadapan .

Hajar dengan Syai pun sama . Kalau jadi mereka pindah , dan aq pulak kekal . Kepada siapakah haluan aq ? Dah laa ramai pulak classmate aq yang lain nak berhijrah . Nak cari hidup baru katanya . Nanti , nanti kan .. siapa yang nak teruskan legasi The Pure Plutonians kita :'3 Budak cina ? Laashini kah ? Err . .
I don't want to say goodbye . But life must go on :') 
~Wassalam , xoxo #ThePurePlutonians

We're Equal

~Assalammualaikum , hye

Khas untuk zombie , sayangg awak <3





~Wassalam , xoxo



Forget Forever


~Assalammualaikum , hye korang semuaa

Mm , nak tau tak . Aq baru je habis Ujian Penilaian 1 tadi . Penutup nya kertas KHB . Aq ambik ERT . Fuhh soalan dye tadi . Aq tawakal je kat Allah lepas aq bagi yang terbaik tadi . Tak berani nak cakap apa-apa . Yang aq doa , aq lepas target je . Itu pon dah cukup baik bagi aq . Mintak-mintak makbul , aminn .

Mm , minggu lepas . Aq ikut lawatan ___ ke KPJ Health Specialist dan jugak Petrosains , KLCC . Mm , best memang best . Tapi aq tak suka satu benda je  masa tu . Serius , memang aq nak lupa semua benda , saat-saat dan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan dia . Kenapa dia perlu wujud ?
" Siapa nama budak ni ? Zhana ? Hana ? Ana ! Haa , Ana !! "
" Ana !! Ana ni sombong kan ? "
" Takpe . Tak nak pandang Ana buat kali kedua "
" Eishh , mana orang pergi . Situ dia ikut ! "
" Ana , jemput makan "
" Ana , Ana marah ke ? "
" Ana kat sekolah kan sombong "
" Ana , nak sikit !  "
" Ana , nak rasa tak ? "
" Ana nak pergi KFC tak ? "
" Ana , lain kali laa ye "
" Bye "
Yeop , serius aq rasa nak belasah diri sendiri . Tolong jelas kan pada aq yang miongg tak tau kenapa aq tulis pasal dia kat sini . Tolong , seseorang ? Aq rasa nak hantuk-hantuk kepala ni kat dinding tu haa . Entah kenapa , disebabkan apa , aq asyik terfikir-fikir balik pasal benda-benda tu semua . Nak lelap mata pun masih ternampak-nampak lagi muka dan kata-kata dia tu . Benci betul dengan diri sendiri . Macam tak cukup je dengan zombie sayang sorang tu haa . MK ni dah memang kes mintak penampar dah ni . Mm , memang dah lama tak makan penampar agak nya ni . Haishh . .

Aq sedar , faham dan tau dia seseorang yang memiliki begitu banyak sifat-sifat negatif . Bila aq tanya orang sekeliling cara nak lupakan 'babun' macam tu , diorang suruh fikir pasal benda-benda negatif pada 'orang' itu dan lupakan . Habis bagi kes aq ni macam mana pulak ? Aq sungguh-sungguh tak paham dengan jiwa aq ni . Kalau aq sendiri tak paham , apatah lagi korang kan ? Haishh . . Kenapa perlu nya aq kenal dia pada waktu sebegini yang begitu 'strategik' .
' Ya Allah ya Tuhan ku . Berikanlah kemudahan untuk aq melupakan , menafikan dan mengabaikan 'manusia' itu . Sesungguh nya aq tidak mahu dan tidak mampu mempunyai apa-apa kaitan dengan nya . Amin '
Amin ramai-ramai mehh . Aminnn . . . -,- . .

~Wassalam , xoxo

Rain


~Assalammualaikum , hye

:') Hahha , last week has been dumb for me . I don't really know why . It just happened you know . You wake up one day , feeling bright and happy . Laughing with your friends and chatting . Out of the blue , you feel like you want to burst into tears . For some reason , it just flow softly upon your face . And the weirdest thing is , you can't hold it anymore .

Kejadian yang 'menarik' tu berlaku tiba-tiba je . Aq tak sedar bila dan kenapa . Semuanya tiba-tiba je . Nasib baik laa saksi kejadian cuma 4 orang je . Siapa ? Dua daripadanya mestilah sahabat-sahabat aq yg setia . Haa , sampai sekarang diorang tak tau kenapa . Aq pon tak tau nak cakap macam mana kat diorang :/ Saksi ketiga ialah hubby , dan saksi keempat ialah orang yang aq tak mahu sebutkan di sini ;) Hahha , gedikk je aq ni .

Sorry sangat-sangat kepada Syaidatul dan Hajar sebab tak dapat nak jelaskan sebab musabab 'kejadian' tu . Tiba-tiba je hari tu aq tak kuat . Sorry seribu kali sorry aq kecewakan korang . Nanti-nanti kita story-story tauu . Thank you so much for standing behind me while I'm not in my greatest shape and condition . Aq sayang korang sangat-sangat
<3 <3 <3 <3 <3
Mm , esok kak Suraya , aq , kak Miza , Hajar dan Syai akan bertarung di gelanggang pesta pantun peringkat daerah bertempat di . . . SMK Undang Rembau !! Yeayy , semoga berjaya untuk kamii . Doakan yang terbaik ye . Aq harap dapat buat yang terbaik untuk pertandingan pantun pertama yang aq pernah sertai ni . Kitorang menentang SEMESRA pada pusingan awal . Mm , sekolah mana tu ? Itu laa sekolah berasrama penuh kat daerah ni . Tak tau lagi laa macam mana saingannya . Harap-harapnya tahap-tahap kitorang je laa ;))

Okk , nak pergi berlatih ni . Nanti aq update lagi ye , bye-byee

~Wassalam , 88*

Title ?


~Assalammualaikum , hyee

Err , tak tahu nak bagi tajuk apa . Jadi biar je laa tajuk nya begitu yaa . Sebenar nya , sudah lama terasa nak update blog ni . Tapi , komitmen seorang budak sekolah banyak menuntut pengorbanan masa :) Hehhe . Mm , berbalik pada update kali ni . Minggu ni banyak betul benda telah berlaku yang menggoncang hati ni .

//Isnin
Err , rasa nya tak ada apa-apa yang pelik berlaku . Tak ingat sebenar nya apa yang jadi masa hari tu . Melainkan budak-budak ERT masak memasak ban :D Yum , sedapp . Senang je sebenar nya buat semua tu . Terima kasih Mama Rose [?] sebab ajar kitorang masak ban batu karang tu . Memang superb .

//Selasa
Tak ada apa-apa jugakk yang berlaku rasa nya . Okk-okk jea semua nya .

//Rabu
Ada dua benda penting yang hilang . #1 - Dompet #2 - Pensel cemetot KESAYANGAN !! Dompet yang hilang tu dompet baru lagi . Dalam nya ada laa beberapa ringgit . Err , agak terkilan jugak hilang dompet tu . Puas digodek kereta bapaku , bilik tidurku dan kantin sekolahku . Semua tempat tak ada . Kehilangan pensel tu lagi sadis . Semua tempat yang telah aq nyata kan tu , aq cari banyak-bnyak kali . Haa , nampak tak betapa penting nya pensel tu daripada dompet berisi duit . Mana tak pening aq mencari pensel tu . 'Dia' dah berbakti kat aq sejak daripada darjah 4 lagi . Pensel yang penuh dengan kesan retakan tu jugak laa yang teman aq masuk sekolah menengah . Alat tulis lain mana ada macam tu . Semua nya berganti , kecuali pensel itu . Macam orang tak sihat je mencari pensel tu . Memang terasa hilang bila pensel tu 'missing-in-action' . Nak buat kerja pon tertangguh , haishh . Mm , lagi satu peristiwa hari Rabu ni adalah peristiwa "Cita-cita Saya Nak Jadi Bomba" yang berlaku kat kelas kitorang . Habis semua terpaksa menghidu bahan kimia daripada pemadam api yang 'bocor' tu . Sengal jea .. Nasib baik tak ada apa-apa semua nya .

//Khamis
Kes "Cita-cita Saya Nak Jadi Bomba" semalam berpanjangan ke pihak atasan . Terima kasih diucapkan kepada "Pegawai Bomba" itu . Malas aq nak masuk campur . Aq cuma jadi pendengar setia je . Hari Khamis ni jugak budak-budak ERT masak memasak lagi . Kitorang masak apa pulak ye ? Kali ni kitorang buat kek pelangi . Warna dia dah tak macam pelangi dah . Semua nya main campak je . Hahha , campak-campak pon sedap jugak kek tu . Terima kasih sekali lagi kepada Mama Rose kerana mengajar kami cara untuk memasak kek pelangi . Berebut 'mereka' merasa kek pelangi tu . Hahha :D Nak tau tak ? Hari ni jugak aq jumpa balik dompet yang aq mencari-cari tu . Tempat terjumpa nya objek >> mesin basuh . Pelik tapi benar , aq terlupa nak keluarkan dompet tu daripada seluar yang aq pakai . Nasib baik jumpa balik , Alhamdulillah . Kes kehilangan pensel cemetot tu pulak , selesai pada hari Khamis ni jugak . Tempat terjumpa nya objek >> atas rak kasut . Tempat pelik-pelik aq hilang benda-benda ni kan ;) Hehhe , dah MK ni cuai orang nya . Nak buat macam mana kan ;D

//Jumaat
Tak ada apa-apa . Semua nya Alahmdulillah , okk-okk je ;D
Terima je laa seada nya . Kita kan 'one big happy family' :DD
~Wassalam , 88*