Forget Forever


~Assalammualaikum , hye korang semuaa

Mm , nak tau tak . Aq baru je habis Ujian Penilaian 1 tadi . Penutup nya kertas KHB . Aq ambik ERT . Fuhh soalan dye tadi . Aq tawakal je kat Allah lepas aq bagi yang terbaik tadi . Tak berani nak cakap apa-apa . Yang aq doa , aq lepas target je . Itu pon dah cukup baik bagi aq . Mintak-mintak makbul , aminn .

Mm , minggu lepas . Aq ikut lawatan ___ ke KPJ Health Specialist dan jugak Petrosains , KLCC . Mm , best memang best . Tapi aq tak suka satu benda je  masa tu . Serius , memang aq nak lupa semua benda , saat-saat dan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan dia . Kenapa dia perlu wujud ?
" Siapa nama budak ni ? Zhana ? Hana ? Ana ! Haa , Ana !! "
" Ana !! Ana ni sombong kan ? "
" Takpe . Tak nak pandang Ana buat kali kedua "
" Eishh , mana orang pergi . Situ dia ikut ! "
" Ana , jemput makan "
" Ana , Ana marah ke ? "
" Ana kat sekolah kan sombong "
" Ana , nak sikit !  "
" Ana , nak rasa tak ? "
" Ana nak pergi KFC tak ? "
" Ana , lain kali laa ye "
" Bye "
Yeop , serius aq rasa nak belasah diri sendiri . Tolong jelas kan pada aq yang miongg tak tau kenapa aq tulis pasal dia kat sini . Tolong , seseorang ? Aq rasa nak hantuk-hantuk kepala ni kat dinding tu haa . Entah kenapa , disebabkan apa , aq asyik terfikir-fikir balik pasal benda-benda tu semua . Nak lelap mata pun masih ternampak-nampak lagi muka dan kata-kata dia tu . Benci betul dengan diri sendiri . Macam tak cukup je dengan zombie sayang sorang tu haa . MK ni dah memang kes mintak penampar dah ni . Mm , memang dah lama tak makan penampar agak nya ni . Haishh . .

Aq sedar , faham dan tau dia seseorang yang memiliki begitu banyak sifat-sifat negatif . Bila aq tanya orang sekeliling cara nak lupakan 'babun' macam tu , diorang suruh fikir pasal benda-benda negatif pada 'orang' itu dan lupakan . Habis bagi kes aq ni macam mana pulak ? Aq sungguh-sungguh tak paham dengan jiwa aq ni . Kalau aq sendiri tak paham , apatah lagi korang kan ? Haishh . . Kenapa perlu nya aq kenal dia pada waktu sebegini yang begitu 'strategik' .
' Ya Allah ya Tuhan ku . Berikanlah kemudahan untuk aq melupakan , menafikan dan mengabaikan 'manusia' itu . Sesungguh nya aq tidak mahu dan tidak mampu mempunyai apa-apa kaitan dengan nya . Amin '
Amin ramai-ramai mehh . Aminnn . . . -,- . .

~Wassalam , xoxo

No comments:

Post a Comment