Sayu


~Assalammualaikum , hye

Bila dah sampai tahap macam ni , soalan tu menjadi lazim . Sama macam masa UPSR dulu :) Kawan-kawan semua tanya " Kau nak pergi sekolah mana ? " " Kau nak pindah mana ? " Masa tu , memang aq berkobar-kobar cakap nak masuk SBP . SBP impian aq - SEMESRA . Yup , dekat je dengan rumah . Tapi entah kenapa aq rasa macam dah jatuh cinta kat sekolah tu . Aq bukan nya kisah ada kawan sekolah rendah nak ikut masuk SEMESRA atau tak . Yang aq tau , aq nak masuk sekolah tu . Sungguh .

Tapi bukan rezeki aq nak masuk sekolah tu . Jadi laa aq URESSIAN sampai sekarang . Aq dah tak nak dengar lagi soalan tu . Tapi , hidup umpama roda . Suatu hari , ia pasti berulang lagi . Cuma kita tak tau , bila . Sekarang , soalan tu kembali popular . Aq rasa macam senget dengar orang bertanya pasal hal tu . Aq tak tau kenapa . Aq tak mahu :(

Semalam berbual-bual dengan zombie . Tiba-tiba Ain post kat group 3 Pluto "  Tahun depan sape nak pindah sekolah? Korang nak pindah kat mane? :o " Lepas tu , zombie kata " Aq tak tau lagi " Aq pun tanya laa , betul-betul nak pindah ke . Dia cakap tak tau lagi . Tapi dari gaya dia cakap tu , macam ada kemungkinan dia nak pergi . Terus suasana perbualan bertukar sayu .

Dia berkemungkinan untuk pindah ke luar NS jugak . Kenapa jauh sangattt ? Aq terus lembik bila tau destinasi dia tu . Aq tak mahu . Aq tak hendak . Aq yang tak bercadang nak berpindah jauh pun terus rasa nak pindah kampung . KL ada atuk . Johor ada Cik UG . Melaka ? Takde siapa-siapa :/ Mwaa , sekolah apa yang ada kat Melaka tu pun aq tak tau melainkan MRSM Alor Gajah dan MOZAC . Yang lain macam jauh je dari Abah n' Mama . Yess , aq anak sulung yang manjaaa :3

Awak , kalau awak pindah . Entah macam mana laa awak kat sana , entah macam mana pulak kite kat sini . Macam-macam dah terbayang kat kepala ni bila awak kat sekolah lain . Itu laa , ini laa , erghh .. terasa macam nak gigit-gigit je kepala ni haa . Awak jangan laa pindah ye . Maaf laa . Tapi macam ni laa aq kalau dah mula terbayang masa hadapan .

Hajar dengan Syai pun sama . Kalau jadi mereka pindah , dan aq pulak kekal . Kepada siapakah haluan aq ? Dah laa ramai pulak classmate aq yang lain nak berhijrah . Nak cari hidup baru katanya . Nanti , nanti kan .. siapa yang nak teruskan legasi The Pure Plutonians kita :'3 Budak cina ? Laashini kah ? Err . .
I don't want to say goodbye . But life must go on :') 
~Wassalam , xoxo #ThePurePlutonians

No comments:

Post a Comment