Ra-ra-random


~Assalammualaikum , hye

Sebenar nya aq tak ada benda sangat nak cerita . Cuma terasa nak bagitau yang mungkin selepas ni aq akan jarang update blog ni . Bukan malas atau dah bertukar kerjaya , ehh ;D Cuma semakin fokus kepada sasaran aq tahun ni - PMR !! Hahha , kk . Tak kelakar . Apa-apa pon , jangan laa berputus asa mengunjungi blog ni ye [ bajet ada orang nak tengok je ] . Entri-entri yang lama masih boleh dibaca . Aq tak letak dalam mood hiatus sepenuh nya lagi . Cuma jarang update je . Itu pon sebab jadual tingkatan 3 ni semakin padat dengan aktiviti-aktiviti yang sudah dirancang dan perlu diikuti demi keamanan sejagat . Cewahh ayat aq , menyampah pulak membaca nya . Hahha , korang perlukan baldi ? Harap bersabar dengan kelakuan aq yang aneh ya . 

Okk , macam mana hidup korang yang senasib dengan aq ? Mesti best kan , sebab aktiviti dah semakin dahsyat . Oshh , entri ni aq dah karang beberapa minggu yang lalu tapi aq tak sempat nak siap kan sebab banyak hal yang mendatang . Hari ni insyaallah aq cuba siap kan . Dah terlalu  banyak cerita yang aq dah tangguh kan . Jadi entri ni mesti siap hari ni juga , yeahh ! 

Sebelum cuti semester hari tu , kitorang telah selamat menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun .. Ye , dan keputusan nya pun dah dapat dah . Keputusan aq macam mana ? Perlu tahu ke ? Okk laa , keputusan aq ialah 6A 2B . B aq subjek ERT dan Sejarah :'/ Mwoo , kesian aq . Sesiapa yang ada petua nak A Sejarah tolong laa kongsi-kongsi dengan hamba di sini ye . Terima kasih daun keladi . Untuk korang yang dapat straight As tu , tahniah diucapkan . Kekal kan dan kongsi laa tips-tips dengan kami yang belum straight As lagi ni ;D

Oo , aq baru balik daripada Kem Ibadah PMR dekat sekolah aq . Dua hari satu malam di bilik prep asrama SMKUR . Best kan ? Yup , peluang jarang-jarang ni perlulah kita hargai . Semalam daftar pada jam 6.50 petang , terus letak barang-barang dan solat Maghrib . Lepas solat masuk dewan dan bengkel teknik menjawab PMR P. Agama Islam pun bermula . Alhamdulillah , best jugak bengkel tu . Baru laa aq tau menulis jawi ni rupa-rupa nya ada fomula tersendiri . Lepas ni dapat laa aq mengeja jawi dengan betul kalau ikut formula yang diberi tu , insyaallah . 

Lepas bengkel , minum malam , solat Isyak dan tidurr . Ye , bahagian yang paling susah nak buat ialah tidur . Suasana dah lain , atas tikar berbantal kan beg baju danpersekitaran yang aman . Tidur serupa orang tak tidur . 10-15 minit mata lelap , terjaga .. 20 minit lelap , terjaga lagi .. 15 minit lelap , terjaga dan terus tak lelap-lelap . Dah pukul 3 pagi terus bangun bersiap nak pergi qiamullail . Sempat juga aq lelap waktu qiamullail tu , tak senonoh betul perangai anak pakcik Mie ni :P Hahha , bukan selalu . Sampai ada yang tegur , " 'Lawa' betul kau tidur tadi " . Hahha , jangan ditegur . Orang mengantuk memang macam tu . Selesai qiam dan solat Subuh , maka berkemas-kemas laa hamba sekalian alam . Beg pun dilonggok kan di satu tempat . Dan bergegas-gegas laa pula hamba-hamba Allah ke surau untuk belajar berkenaan pengurusan jenazah . Selepas selesai dengan praktikal nya sekali , dan kami pun berlelah-lelah untuk mengangkat karpet durjana yang mengerah kudrat perempuan kami semua . Dan di celah-celah jerebu dan kebasahan dek berlelah tadi , kami tidak sabar-sabar untuk pulang [ ayat sastera dah keluar , jadi sila baca dengan baldi di sebelah untuk kemudahan anda ]

Ohh , minggu depan hari Isnin dan Selasa ada program KRK anjuran PPD Rembau . Maka kelas kitorang pun turut terlibat dan akan bergabung dengan dua buah sekolah lagi yang ada Kelas Rancangan Khas ni . Aq terlibat untuk lawatan pada hari Selasa tu . Aq harap perjalanan tu nanti lancar . Aminn . Kitorang akan melawat Fakulti Bioteknologi , UPM dan mungkin akan ke Floria , Putrajaya . Aq harap cuaca tak berapa panas dan tak ada laa berjerebu . Aminn . Semoga dikurnia kan kesihatan yang baik . Okk laa , rasa nya cukup dulu sampai di sini . Nanti ada kelapangan aq sambung lagi , insyaallah .

~Wassalam , xoxo










No comments:

Post a Comment