Story Line


~Assalammualaikum , hye korang

Hari ni terasa nak update benda-benda biasa je . Ohh , tapi bukan pasal muka hampass kat atas tu . Benda-benda biasa tu benda yang aq dah buat beberapa hari tanpa update ni :) Mm , seminggu ni flu datang on and off aje .. Biasa laa untuk budak-sapu tangan macam aq ni .

1 Jun  Tak ada buat apa pun melainkan pergi kenduri rumah Hajar . Yup , itu aje kerja aq hari tu . Untung aq datang tau Hajar ;D Anyway , thanks for inviting my family . Kau sekeluarga lawa-lawa dan segak-segak belaka . Tahniah untuk kakak kau , semoga kekal bahagia hingga akhirat nanti .

2 Jun Tak ada buat apa sangat . Bangun . Solat . Tidur . Bangun . Mandi . Sarapan . Baca novel . Masak . Lunch . Solat . Baca novel . Tengok TV . Solat . Mandi . Masak . Solat . Dinner . Tengok TV . Solat . Tidur . Yup , aq tau . Bosan gilaa . Tapi serius aq tak ada mood nak siapkan kerja kursus , selak kerja rumah atau ulangkaji dan buat latihan pon . Apa nak jadi laa aq ni , kan [ worried ]

3 Jun Bangun pagi solat subuh . Tidur balik , bangun pukul 9 . Mandi bersiap-siap nak hantar adik aq ke Port Dickson . Ada apa kat sana tengah-tengah cuti ni ? Mm , adik aq dapat mara ke peringkat kebangsaan bagi Bengkel Penulisan Kreatif Tunas Muda . Yup , terkejut . Tapi yang best nya bengkel ni , tidur hotel , makan buffet , air-con 24 jam dan free of charge . Banyak tajaan , memang laa gempak . Best kan ? Siap ada hadiah lagi untuk pemenang nya . Aishh , cemburu-cemburu .

Abah dan mama tanya , ke mana aq nak pergi cuti ni . Sejujur nya aq nak pergi merata-rata tempat . Tapi ada satu je masalah nya . Aq tak tau nak buat apa kat tempat tu . Aq terfikir nak jalan-jalan je . Tengok keadaan sekeliling tempat tu . Lepak-lepak , photoshoot , nak buat benda-benda macam tu je . Tapi bila nak buat benda-benda tu semua , kena pergi dengan kawan . Baru best . Tapi tak apa . Aq merancang dalam kepala ni lepas PMR nak lepak-lepak dengan girlfriend-girlfriend yang cun-cun tu . Minta-minta laa jadi , aminn -,-

Mwaa , nak nangis tengok kerja kursus yang ada atas meja tu . Geo langsung tak usik lagi sejak mula periksa hari tu . Bila laa nak habis nya macam tu .. Haishh , sesiapa tolong laa kite siapkan :/ Sejarah pon sama , tapi sekurang-kurang nya ayat-ayat dia dah siap . Tinggal nak pindah kan ke dalam kerja kursus yang sebenar aje . Tapi , aq tetap takut tak sempat siap .
Ya Allah , permudahkanlah pekerjaanku . Sesungguhnya Engkau Maha Pemurah lagi Maha Penyayang  
Okk , untuk korang yang senasib , jangan bersedih . Kita buat sikit-sikit dengan konsisten insyaallah lama-lama siap laa ;D [ ayat penyedap hati sendiri ] Aq doa kan korang punya pon sempat siap jugakk , aminn ..

~Wassalam , xxx

No comments:

Post a Comment