Hiatus Mode


~Assalammualaikum , apa khabar ?

Okk , tujuan aq menaip entri hari ni adalah untuk memberitahu tentang mode Hiatus aq . Yup , korang tak silap baca . Aq dah nak on mode Hiatus aq . Mungkin dalam 45 hari lagi baru kita berjumpa . Perjuangan dah semakin hampir . Jadi aq terpaksa tinggalkan korang kejap . Kena laa berdisiplin sikit kan kalau nak keputusan yang kita hajatkan ;)

Mm , sebelum tu . Aq nak kongsi laa sikit keputusan Percubaan PMR peringkat sekolah aq ni . Sebabkan kitorang masih tak dapat kertas sains lagi , jadi kitorang baru dapat tujuh subjek . Alhamdulillah , semua nya mencapai target yang aq buat . Tapi aq kena juga usaha lagi . Sebab 2/9 nanti akan ada satu lagi percubaan daripada JPNS . Jadi aq mintak kat korang semua yang terbaca entri ni , doakan aq untuk peperiksaan percubaan [ 2/9 ] dan PMR sebenar [ 2/10 ] nanti , ya :DD Terima kasih yang tak terhingga sebab korang dah bagi semangat kat aq untuk buat yang terbaik dan terus membaca entri-entri merepek daripada aq ni . Jangan berhenti follow aq sebab aq sayang korang tauu .

Untuk sesiapa yang seangkatan dengan aq tu , aq doakan yang terbaik untuk korang okk . Buat elok-elok dan dengan hati yang tenang . Setiap orang ada cara yang berbeza , usaha - doa - tawakal . Insyaallah semua nya okk . Aq tak nak bertukat kerjaya dari seorang pelajar kepada seorang pakar motivasi pulak . Jadi , semoga berjaya untuk korang semua ;D

By the way , I'm not going to block all my posts from you . So you are still free to read my blog . I know you're going to miss me while I'm away fighting for my marks ;D 
[ definitely , NOBODY will miss you dumb-dumb ]
~Wassalam , xoxo forever

No comments:

Post a Comment