Keabadian

~Assalammualaikum , xxx

Tajuk entri tak ada kena mengena langsung dengan entri kali ni . Tapi aq letak je sebab bunyi nya macam sedap je didengar . Okk , pertama sekali aq nak ucap kan Semoga Berjaya dan Buat Yang Terbaik untuk calon-calon SPM 2013 ni . Saja nak wish awal-awal takut lupa pulak nanti . Aq doakan yang terbaik untuk semua nya :D

Esok aq ada kerja sebagai jurugambar yang pertama secara rasmi nya . Tapi tak tau laa ada gaji ke tak . Aq buat suka-suka je . Ambik gambar budak-budak Kem esok .. Hohho , tak tau laa macam mana rupa nya nanti . Kali pertama secara rasmi di luar kelompok keluarga . Sebelum ni jadi jurugambar untuk acara keluarga je . Mm , tiba-tiba rasa segan pulak . Tapi nasib baik Wani sudi teman aq . Aq pun tak ada laa pro sangat nak buat seorang diri . Doakan aq tenang dan hasil nya memberansangkan , ye :) Aminn ..

On top of that , I like something new . Bila aq search secara rawak pakcik Google ni , aq tertarik dengan design kasut platform dan plain wedges . Macam wedges kat bawah ni :)

Sweet yet sexy . Saya suka , saya suka :) Tapi aq tak tau laa zaman bila aq sanggup pakai kasut tinggi ni . Sekarang pun macam anak kuda belajar berjalan kalau aq pakai , asyik terjelepok aje . Tak biasa lagi kott :) Hehhe , tapi aq tetap suka tengok kasut macam ni . Teringin nak beli tapi bukan untuk dipakai boleh tak ? 

Mm , nak pergi Times Square lagii . Hari tu tak puas ronda-ronda , banyak kedai tutup . Nak baju baru jugakk :/ [ menggedik sangat ni apahal ] Aishh , penat aq berangan pakai baju baru ni . Dapat nya entah bila . Tapi tak apa , aq bersyukur sekurang-kurang nya aq ada baju untuk dipakai . Betul tak ;D Ni semua inspirasi daripada tengok #MadMarkets laa ni . Serius cemburu dengan pengacara nya dapat pergi merata-rata tempat . TV9 , ambil laa saya sebagai pengacara #MadMarkets musim ketiga . Saya snaggup tunggu asalkan boleh menjelajah dunia Allah yang luas ni :3 Hohho , tak ada makna nya TV9 nak pandang kau laa MK ooi , kesiann .. Simpan laa angan-angan tu sorang-sorang :P

Okk , dah tandus pulak kolam idea aq ni . Jadi adalah lebih baik jika aq mengundurkan diri untuk hari ini sebelum aq mengeluarkan perkara-perkara yang lebih merepek dan tak mendatangkan faedah kepada pembaca semua . Cewahh , ayat bajet je . Nyampah Dolahh . Apa-apa pun , MK mintak doakan yang terbaik untuk PMR dan hidup MK ye . Insyaallah MK pun doakan korang jugak . Jangan lupa solat Isyak , jumpa lagi . 

~Wassalam , xoxo


No comments:

Post a Comment