The QuackQuack


~ Assalammualaikum , korangg

Cuba tengok minah kat atas tu . Menyampah pulak aq nengok nya . Mm , budak tu baru balik dari Khemah Kerja 1Malaysia Peringkat Negeri Sembilan semalam . Tak sempat-sempat terus capai kamera . Sesungguhnya terasa kekesalan di hati sebab tak bawa kamera pergi Kem tu . Jadi aq cepat-cepat laa ambik gambar sebelum aq buka baju tu .

Serius best gila pergi sana . Mainly its not because of the activities and all , but it was because of K1M's QuackQuack . Okk , macam ni laa lebih kurang alkisah nya .

18/10
Sesampai sahaja di D'Village Resort Melaka , kitorang terus ke meja pendaftaran dan mendaftar nama . Lepas tu ke dewan Cheng Ho di tingkat atas , makan pagi dan duduk diam-diam dalam dewan tu untuk taklimat . Dengan patuh nya kami mendengar dan diberikan bilik-bilik mengikut nama yang telah disusun . Aq dapat bilik dengan budak SEMENDA dan budak Seri Ampangan . Okk je , tapi aq yang kena pegang kunci bilik tu . Bilik kitorang 1401 :) Malam tu , lepas settle down barang-barang , kitorang masuk dewan lagi . Kali ni untuk pembahagian kumpulan . Kena buat cabutan dengan mengambil gambar yang ada kat tangan fasilitator . Of course kitorang tak nampak laa gambar apa kan . Bila aq buka , aq dapat gambar itik . Jadi kitorang pun buat bunyi QuackQuack untuk mencari ahli kumpulan yang lain . Moo , Meow , Mbek , Kokok ngan Quack bersahut-sahutan dalam dewan tu . Akhirnya kami pun dipertemukan semua sekali 18 orang :) Ketua yang dilantik bernama Zulhilmi , form 3 , SMK Tunku Besar Tampin . Penolong nya pula bernama Hidayah [ Ayong ] , form 3 jugak , SMK Pertang . Dua-dua budak ni memang happening , spontan dan gila-gila . Selalu je cari pasal sesama sendiri . Lepas tu , kitorang menyanyi lagu Rasa Sayang dengan bunyi kumpulan masing-masing . Of course , QuackQuack laa yang paling kuat sekali :) Oo , ye . Ahli QuackQuack a.k.a K1M ialah :

  • Zul [f3] 
  • Ayong [f3] 
  • Rafique [f3] 
  • Afzuan [f3] 
  • Suhairi [f3] 
  • Khairul [f3] 
  • Afiq [f3]
  • Sum [f3]
  • Cindy [f3]
  • Kak Affie [f4]
  • Kak Faz [f5]
  • Zana [f3]
  • Izyan [f3]
  • Aisyah [f3]
  • Qila [f3]
  • Dila [f3]
  • 'Aain [f3]
19/10
Pagi-pagi lepas bangun solat Subuh , terus pergi riadah kat dataran depan resort tu . Penat berlari satu pusingan . Lepas riadah kitorang sarapan dan terus ke dewan untuk untuk ceramah 1 , 1Malaysia . Boleh laa , tapi aq tersengguk-sengguk jugak . Habis ceramah tu , ada aktiviti ikat tali dan cuba leraikan tanpa putus . Kitorang tak dapat selesaikan , jadi tak dapat markah . Makan pagi , the dewan lagi . Ceramah 2 , Rukun Negara . Yang ni ceramah yang paling bosan , penceramah nya tak pandai nak buat lawak and ambik hati pendengar langsung . Nasib aq tak tertidur . Itu pun sebab kitorang dah menggigil kesejukan duduk bawah air-con . Aq duduk sebelah Zul sama-sama selit tangan bawah paha untuk haba . Kelakar je . Kak Affie pulak leka dengan doodle kat sebelah , walaupun kesejukan juga . Disebabkan budak-budak dah bosan , urusetia tamatkan ceramah 30 minit lebih awal . Hahha , kesian penceramah tu . Kitorang pergi makan tengahari and solat Zohor . Lepas tu kena buat Runway Projek menggunakan surat khabar . Mm , kitorang ambik Afiq dengan Aisyah sebagai model memandangkan diorang merupakan ahli terkecil K1M . Afiq dengan tema Hang Tuah . Aisyah dengan tema Queen Elizabeth . Hahha , kontra kan ? Tapi Zul pandai relate dua tema tu sebagai satu kisah cinta maha agung ;DD Lepas selesai Projek tu , ceramah 3 pun dimulakan , Jati Diri . Sesi ni yang paling sentimental sekali sebab banyak budak nangis . Even yang Cina dengan India pun sama . Tulis 'surat terakhir' untuk mak ayah , tengok video anak gajah dengan pembedahan . Sesi ni habis pukul 5 petang . Kitorang pun minum petang , solat Asar lepas tu bersiap-siap untuk riadah . Riadah kitorang petang tu ialah martial arts . Hari mendung dengan kilat apa semua , fasilitator pun takut jadi kejap je riadah kitorang . Jadi kitorang masuk bilik and bersiap-siap mandi untuk solat Maghrib and Isyak kat surau . Lepas tu makan malam :) Malam ni special sikit sebab makanan western dihidangkan . Steak pun ada youu :) Aq makan ayam je , gusi aq sakit nak kunyah steak . Lepas makan , kitorang ke dewan untuk rancang persembahan yang akan dibuat esok nya . Mula-mula senyap je group kitorang ni . Zul sampai pening memikirkan anak-anak buah dia tak nak bagi idea . Dalam pukul 10 macam tu , baru laa kitorang mula brainstorm . Lambat kan ? Tapi takpe sebab kitorang tetap ada plan . Kitorang rancang untuk buat sketsa plus lagu . Sketsa di bawah jabatn kak Faz . Lagu pulak bawah aq dengan Ayong . Kitorang pilih lagu Sahabat , Najwa Latif dan tukar lirik nya untuk disesuaikan dengan tema sketsa kitorang . Puas juga perah otak untuk tukar lirik nya . Tapi aq dengan Ayong kan , memang beres laa benda nya . Habis perbincangan kat dewan pukul 11.30 . Masuk bilik gosok gigi tukar baju tidur , tiba-tiba girls of K1M ketuk pintu bilik ajak berlatih lagu dengan sketsa . Kitorang berlatih sampai pukul 12.40 malam . Zul dengan Afzuan pun ada jugak . Tapi Zul je yang berlatih sekali dengan kitorang . Dia tu memang terbaik laa . Berbeza dengan budak-budak lelaki K1M yang lain ;D Lepas habis , terus masuk tidur .

20/10
Hari ini dimulakan dengan solat Subuh dan kuliah Subuh . Then terus bersarapan tanpa riadah dan berlatih untuk persembahan kumpulan . Pukul 9 pagi , persembahan bermula dengan kumpulan kitorang , K1M . Berdebar-debar nya kitorang ni tak tau laa nak cakap . Sketsa kitorang okk , budak-budak semua gelak and suka . Lagu pun bagi aq okk walaupun kitorang ada slack sikit . Kitorang sepatut nya nyanyi lagu tu dua kali . Dimulakan dnegan nyanyian solo oleh Zul , kemudian kitorang akan mula balik lagu tu sama-sama semua sekali .

Dulu kita hidup susah
Sekarang bahagia
Mensyukuri nikmat yang sedia ada .
Kau ada di kala ku jatuh
Setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh
Kita semua hidup , harmoni bersatu
Berkongsi kisah pahit manis denganku .
Kaulah yang di situ
Cina , India , Melayu
Hidup berpadu
Aman dan makmur .

Tapi bila tiba rangkap kedua , kitorang tertinggal 2 baris lagu . Kitorang nyanyi selamba je and sambung sekali lagi lagu tu sampai habis dengan jaya nya . Alhamdulillah , semua suka . Lepas tu kitorang duduk laa tengok orang lain punya persembahan pulak . Pukul 10 pagi , majlis penutup pun bermula . Penghulu berucap , then Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Sembilan pulak berucap . Lepas tu penyampaian sijil mengikut sekolah . Lepas sijil , hadiah pulak . Kumpulan yang menang tempat ketiga ialah Dinamik . Tempat pertama Chicken Mix Culture . K1M pulak macam mana kan ? Kitorang menang nombor 2 !! Yeayy , serius tak sangka . Tapi aq bersyukur gila . Sebab bila dah menang tu kitorang makin happy sebab ditakdirkan untuk jadi satu kumpulan . Zul pun ada menang satu hadiah special . Dia menang hadiah peserta paling aktif . Tahniah Zul !! Aq bangga jadi kawan kau . Semua peserta dah boleh agak dah Zul yang akan dapat title tu . Dia dari awal lagi hiperaktif macam terlebih gula :D Sorry Zul mengutuk , hehhe . Lepas tu masuk bilik kemas-kemas barang . Then makan tengahari . Lepas tu sesi menunggu bas di lobi . Waktu tu laa kitorang bahagi-bahagikan hadiah dengan hamper K1M . Then , masing masing sedikit demi sedikit mula meninggalkan resort tu . Semua cakap tak nak balik and jangan lupa bila berjumpa lagi . Memang best sekumpulan dengan diorang semua . Tak sia-sia aq pergi . Rindu korang semua , harap-harap boleh berjumpa lagi .

Okk , aq dah penat . Nanti aq sambung lagi . Bye for now .

~ Wassalam , xoxo

No comments:

Post a Comment