2014


~Assalammualaikum , korang

Macam mana tahun 2014 ni ? Mesti best kan ? Tahniah , sebelum tu untuk batch 98 yang berjaya mencapai target masing-masing dalam PMR :)

Korang ambik aliran apa ? Aku terus ke sains tulen . Sebab pada aku , sains itu kekuatan aku dalam pelajaran di samping English . Sebab tu aku ke sains tulen ;) Baru pengenalan , cikgu semua dah menunjukkan realiti kehidupan pelajar sains tulen . Aku tahu susah . Lagipun kalau difikirkan , mana ada benda yang senang kat dunia ni kan ? Jadi aku pun kentalkan hati aku untuk menghadapi segala subjek sains tu yang semestinya ada fizik , kimia dan biologi .

Ahh , realiti-realiti kehidupan . Mama pun dah kata " Sekarang kakak tahu apa sebenarnya maksud kehidupan ni " Ya Ma . sekarang pun kakak dah boleh nampak . Hidup ini bukan senang . Banyak cabaran , pengorbanan dan air mata yang perlu dibayar . Harimau yang Mama katakan garang ni pun pandai menangis :) Aku boleh nangis bila memikirkan yang adik aku dah nak masuk asrama minggu depan . Sedih benar laa tu . Walhal macam singa kat adik tu .. Dah nak buat macam mana , dia laa manusia paling comel , perasan , happy , gilaa dan kelakar dalam hidup aku . Sedih laa bila tiba-tiba kena berpisah . Huwaa , dah nak nangis lagi dah ni . Tak boleh langsung nak cerita sikit pasal adik aku tu . Haishh ..

Anyway , sekarang ni aku menunggu keputusan daripada MOE tentang permohonan ke sbp dan juga MARA untuk ke mrsm . Pengalaman baru tu bagus kan ?Sebab tu aku menunggu . Kalau dapat satu sekolah dengan adik aku tu pun bagus jugak :) Tenang sikit aku nanti . Tapi nanti kesian pulak Mama dengan Abah kat rumah tu bertiga je . Adik beradik aku dah laa tak berapa nak ramai . Sunyi je nanti rumah tu . Siapa nak jadi tukabg memekak nanti . Aishh .. Susah nya macam ni . Nampak tak betapa manja nya aku ni . Jadi kenapa ? Aku bangga jadi anak mak dan ayah aku , sebab tu aku bermanja- manjaan dengan mereka sepuas- puasnya . Nanti kala Allah dah tak nak bagi pinjam , kat siapa lagi aku nak nangis dan manja-manja macam budak kecik ? Betul tak ?

Ahh , aku dah mula merapu . Baik aku berhenti sekarang . Nanti makin parah ayat aku dan makin parah korang membaca nya nanti ;D Sedikit pesanan , bila korang rasa sesuatu perkara tu susah sangat-sangat . Ingat kat Allah . Dan bila rasa nak putus asa , ingat mak ayah kita . Mereka sentiasa menyandarkan harapan kat kita . Bila aku rasa sesak , susah dan nak give up , memang aku buat macam tu . Dan kadang-kadang nangis pun membantu . Walaupun pada aku sakit tu tak pernah nak surut bila aku nangis ;DD Ikut laa diri masing-masing kan . Yang penting dua kat atas tadi tu . Ingat Allah , ingat mak ayah kita .

Okk , nanti aku sambung lagi . Nota kimia tu dah menunggu je tu . Lambat sikit perjalanan nota aku bila tak ada buku teks dan buku rujukan ni . Search kat google pun merepek je yang keluar nya . Hahha :D

~Wassalam , xoxo


No comments:

Post a Comment