Already ?




~Assalammualaikum , semuaa

Hidup ni , memang kehidupan kan ? Dasar kehidupan . Dasar kehidupan .. Apa aq buat ni ? Adoii , sorry berbanyak-banyak ye . Mood jiwang karat besi aq dah datang , ayat pon bunga-bunga sikit [ ? ]

LOL , terlebih dahulu aq nak ucapkan Selamat Tahun Baharu Cina 2014 untuk Xin Hui , Huey Lin , Kah Kei , Joe Li , Zing Yi , Mey Chan dan tak lupa jejaka hot ni , Aik Seng :) Hopefully this year will add more ong to your life :D

Dan hari ni merupakan hari terakhir empat kawan baik aq bersekolah di URESS ni . Hajar , Afirah , Raihah dan Feyra , tahniah sekali lagi :)) Persiapan tu pastikan mencukupi ye , jangan ada yang tertinggal . Tiga tahun bersama rasa macam tak cukup je dengan korang semua . Semua naik turun yang kita dah daki sama-sama tu rasa macam belum cukup lagi pada aq . Apa kitorang nak buat bila budak-budak pandai macam koang dah pindah ? Tanggungjawab tu jatuh pada kitorang ke ? Belum sanggup lagi ni .. Afirah dengan tak ada perasaan nya boleh lagi buat lawak bodoh dengan kitorang macam dia ada je lepas raya cina ni :'D Tak nak nangis pulak tu , jiwa kental kata nya :') Feyra dengan Raihah pulak cakap diorang nangis balik rumah ni . Tak dapat aq nak tengok diorang berdua  nangis , hahha .



Hajar . Nak buat special speech boleh ? Jangan nangis lagi tauu kalau kau terbaca entri aq ni :)) Belajar rajin-rajin biar dapat masuk universiti [ ayat kanak-kanak ] . Dah tu kahwin jangan tak ajak aq . Raya jangan segan jejak kaki kat rumah aq , pintu pagar tak pernah tutup untuk kau melainkan pintu peti ais ;) Sebarang surat menyurat kalau berkesempatan oleh kau Insyaallah dilayan tanpa sebarang prejudis dan diskriminasi . Apa-apa jenis perhubungan sama ada melalui media-media sosial ataupun telefon , Insyaallah dijawab . Setakat ni , sebarang update pasal sekolah , kawan-kawan dan sesiapa je yang berkaitan dengan kita mesti laa di alittlepeach.blogspot.com ni . Jangan buat-buat lupa untuk menjengah :) Hahha , gurau je . Aq faham . Yang penting sekali , kau tak lupa yang Izhana Zaime ni pernah muncul dalam hidup kau dan mengganggu gugat keamanan dunia kau , Siti Hajar :') Dan jangan sekali-kali lupa kita harungi #PMR'13 bersama-sama sebagai GBC dengan Syaidatul Balqis yang comel tu . Selisih dekat Rembau ni atau kat mana-mana pon tegur laa , kalau aq tak perasan tu ye . Terima kasih tak terhingga untuk semua benda yang kau pernah bagi , buat dan tunjuk kat aq selama ni . Jujur nya , aq semakin baik selepas jadi kawan kau . Teruskan menjadi Hajar yang aq kenal , Hajar yang kasar , menyokong kebenaran , pandai , rasional dan banyak lagi benda yang aq nak sebut tapi tak cukup kat sini :DD Sorry tapi kau tau kan , feeling aq lebih-lebih . Hadap je laa :)


~Wassalam , xoxo


No comments:

Post a Comment