Kehidupan


~Assalammualaikum , korangg

Macam mana sekolah ? Kerja sekolah banyak ? Ohh , sebelum lupa . Salam Maulidur Rasul , marilah kita banyak-banyak menyebut nama Rasulullah s.a.w ye . Muhasabah bersama-sama :)

Esok , lusa dan Jumaat cuti . Keluarga aq tak ada plan lagi setakat ni . Mungkin kalau adik aq tak telefon , kat rumah aje laa duduk nya kami ni . Aq dah bagitau kan adik aq tu dapat masuk TKC ? Alhamdulillah , bangga aq jadi kakak dia :D Tapi biasa laa , anak Encik Zaime ni semua nya manja-manja . Sampai yang paling tua ni pun manja jugak . Nak buat macam mana , masing-masing ditatang bagaikan minyak yang penuh oleh ibu bapa yang penyayang ni .

Sabtu dan Ahad lepas kitorang jenguk dia kat sana . Ye laa , nak tengok macam mana dia menyesuaikan diri lepas 4 hari [ ? ] kitorang tinggalkan dia . Tengok , baru 4 hari mak ayah aq dah datang tengok beria-ia . Tapi tak apa laa kan . Baru form 1 , algebra pun belum kenal . Dijadikan cerita , adik aq menangis . Itu benda pertama kitorang nampak kat dia masa jumpa dia . Kitorang datang terlambat sikit , tu yang menangis tu . Lepas tu masa makan dia cerita laa semua nya . Senior suruh ingat nama diorang , kalau tak nak kena maki apa semua . Dia kata , 3 hari pertama tu dia okk je . Cuma malam tadi dia tengok gambar keluarga , tu yang rindu tu . Aq faham tu , walaupun aq tak duduk asrama .

Ahad dia okk je masa kitorang datang tu . Ni kitorang pergi sana pun sebab dia ada barang tak cukup , kitorang tolong belikan laa . Makan , cerita-cerita semua . Okk-okk je , sama jugak laa . Dia takut senior-senior kerek dia tu . Nak aje aq kasi tangan kat senior tu , dengki sangat . Nak bagi mental torture pun tak payah laa lebih-lebih . Lepas tu tolong dia hantar barang kat dorm , waktu tu pelawat dah kena balik dah . Dia nangis lagi . Aq cuma boleh " Be strong , be strong " aje . Mak aq pun cuma cakap " Banyak-banyak sabar Lin " . Aq tak tau nak habaq apa dah . Nanti salah cakap makin nangis nanti . Nasib baik tak lama macam semalam nya .

Itu laa serba sikit cerita nya . Kunci kepada entri aq hari ni sebenar nya nak cakap yang hidup ni memang tak ada yang senang . Duduk asrama tu mengajar jiwa untuk banyak bersabar , tolak ansur , bijak mengurus  dan banyak lagi yang bagus-bagus laa . Pada aq , pro kepada tindakan senior tu adalah untuk menanam rasa hormat kepada orang yang lebih tua . Kontra nya pulak adalah bagi menimbulkan tekanan kepada budak-budak form 1 untuk keluar daripada asrama dan jugak untuk menunjukkan kekuasaan senior yang dah besar kepala . Lagi satu mungkin untuk bagi form 1 rasa apa yang diorang semua rasa masa diorang form 1 dulu-dulu :) Itu sahaja kesimpulan aq , ini bukan untuk tujuan menjaja cerita . Tetapi ini hakikat kehidupan . Kalau kita tak boleh tahan dengan cabaran duduk di asrama , macam mana kita nak tahan cabaran di dunia dan akhirat yang semesti nya lebih mencabar .
To my dear little sister . Please be patient and bear with their ignorance . All this will last temporarily till the orientation ends . I believe that you are strong enough to push all this unnecessary elements away and keep your focus to studying . Believe me , when you have pushed all this things away , you will enjoy your school life and miss it some day . Mama , Abah , Izham and me will always pray the best for you and We Believe In You :) Hwaiting , sis !!
~Wassalam , xoxoxoxoxoxoxoxo

2 comments:

  1. Hi sis. Thanks for the advice. Mesti kakak tak sangka Lin akan baca entri ni. BTW, I lin bukak kat computer lab waktu ICTL. I'm missing you~

    ReplyDelete
  2. LOL , memang kakak tak sangka . Anyway , ingat pesan Mama Abah , Study is the important thing now . We Miss You Too :))

    ReplyDelete