We Will Meet Again

~Assalammualaikum , haii korang


Ni surat dari langit Pluto dari atas meja aq khas untuk Nur Zawani yang cemetot comel ni . Hahha , kau nak ambik gambar ni ambik laa Wani . Aq saja set macam ni supaya senang kau nak ambik [ ? ] Kalau kau nak ambik laa kan . Okk ni dipendekkan , aq mintak maaf sekali lagi untuk semua benda daripada form 1 sampai sekarang . Kau jalan terabur apa semua tu kebenaran yang telah dicomelkan oleh aq . LOL . Wani , belajar jadi kuat tau . Kau kena ingat nanti kau dah kerja dah tak ada siapa nak kisah kat kau macam kitorang kisah kat kau sekarang ni . Jadi kau cuba laa kumpul kekuatan dalaman kau tu :) Wani kan kuat . Reunion jangan tak datang . Aq tuntut pijama polka dot dengan tudung senget peluk bantal busuk kau tu . Kahwin jemput aq . Belajar rajin-rajin . Drama-drama jugak , tapi jangan sampai terjejas masa depan ye . Ye sekarang aq membebel macam mak-mak , tapi aq nak tengok kau berjaya . Itu aje sebab nya . Mungkin aq dah terbiasa jadi kakak kott . Tu yang panjang hujah nya tu . Bila rasa nak nangis fikir muka aq yang annoying ni . Insyaallah tak jadi nangis :D Aku amanahkan kau jaga Nor Syaidatul Balqis baik-baik . Jangan sakit kan hati dia , jangan abaikan dia , kalau nak kutuk kutuk dia depan-depan , kalau tak tahan nak nangis nangis depan dia . Jangan bagi sesiapa sakitkan dia . Kalau ada kau story kat aq mehh . Okk . Itu pon dah terlebih-;ebih daripada cukup surat untuk kau . Berusaha sehabis baik , tawakal , doa untuk kejayaan kau , kawan-kawan semua , okk :) Jangan lupa jaga Plutonians yang lain jugak . Kalau aq tau korang renggang , siap kau ;DD


Haqimi , sebagai ketua tingkatan yang baru . Aq harap kau tau apa tugas kau . Malas aq nak cakap panjang-panjang sebab kau pon pandai boleh fikir sendiri , kan ? Jaga anak-anak buah kau ni . Jangan bagi ada masalah macam tahun-tahun lepas tu . Sebab sekarang kita dah duduk dengan budak-budak sekolah lain jugak , jadi kena jaga laa sikit perangai tu . Haiqal , kau pon pandai-pandai laa nak hidup . Masa depan sendiri tak kan nak bagi gelap kan . Jadi rajin-rajin laa buat kerja sekolah tu . Farid , kau pon sama je . Imaginasi tu perlu , tapi jangan berlebihan tauu . Jangan buat masalah kat kelas , fokus , usaha rajin-rajin kk . Sekarang nampak tak aq pilih kasih . Aq memang nak karang surat untuk Plutonians je ni . Aq belum dapat menyerap budak-budak yang lain tu . Apa-apa hal , korang sebagai lelaki Plutonians yang tinggal di Utarid tu . Belajar rajin-rajin , okk .


Girls , korang dah cukup bagus dah . Tak payah aq nak bernasihat-nasihat bagai . Korang jangan gaduh sesama sendiri , fokus belajar , bersaing dengan baik dalam pelajaran , buat jamuan makan sedap-sedap , terima apa-apa ujian mendatang dengan hati yang terbuka kk . Jangan sedih-sedih , reunion kita cakap puas-puas kk .


Nor Syaidatul Balqis , awak paling penting dalam isi surat ni . Kau kuatkan diri ye . Kalau rasa susah kau masih boleh mesej atau call aq kan . Jadi jangan risau kk . Macam yang aq cakap , jaga diri , belajar rajin-rajin , jaga perangai , banyak-banyak sabar , banyak-banyak berusaha , bila rasa rindu kat aq atau Hajar , doakan kami ye . Hadiah-hadiah nanti aq nak guna perkhidmatan POS MK je laa . Rasa nya cepat sikit sampai parcel tu kat rumah kau . Raya nanti datang rumah . Kalau tak aq yang gegar rumah kau . Result periksa inform aq . Cerita-cerita hot story nanti . Jejaka-jejaka kacak reserve kan ;DD Hahha . Jaga Wani tu . Dia jalan dah laa terabur , cry baby pulak tu . Kalau kau pon tak ada aq tak tau laa apa yang boleh dia buat nanti . Aq tak sempat nak decorate surat cantik-cantik sebab tu aq tulis kat sini je . Jadi aq harap kau baca laa ye . Lepas ni jarang-jarang laa kau nampak update aq kat sini . Maklum laa jauhh . Tapi jangan risau , ayah aq dah bagi greenlight untuk sebarang reunion lepas ni . Mwahahaha . Happy sungguh aq mendengar kenyataan tersebut daripada ayah aq . Anyway , kau tak care ye . Sorry dah merapu pulak dalam surat ni . Sampai sini dulu kott . Sambung lagi nanti . Chioww ~

~Wassalam , xoxoxo