Ringkasan ?


~Assalammualaikum , hai semuaa

Lusa dah nak final exam dan aku masih di hadapan laptop . Memang boleh , memang masuk exam semua ni >,<" Hahha , apa nak jadi dengan anak Zaime ni kann .

Anyway , ada sebab aku buat entri . Dan ada sebab tajuknya begitu . Dan memang dah lama aku nak tulis kat sini . Tentang apa yang aku dah lalui kat tempat baru ni . Alhamdulillah , yang pertamanya .

Mula-mula memang senak dan sesak menghadap semua tu . Bangun awal nak mati sampai dah ada double eyebag . Berjalan jauh dah macam kat universiti . Kering tekak sebab air habis . Duit bercatu . Waktu PJ yang tak pernah dialami . Prep yang kecoh . Kelas yang mengantuk . Paling tak tahan itulah , tahap mengantuk yang dah terlebih daripada gaban . Selama-lamanya sekolah biasa dulu tak pernah pulak mengantuk dalam kelas . Benda paling aku tak suka bila masuk sekolah berasrama ni .

Kedua , DS . Apa itu DS ? DS tu maksudnya Dewan Selera . Cikgu kata makanan DS lagi sedap daripada makanan asrama lain . Aku rasa macam " not reallly ". Macam-macam dah aku rasa . Macam-macam dah aku tengok rupanya . Macam-macam dah aku jumpa . Tak sampai hati nak kata apa-apa . Sebab DS jugak aku cari bila dompet dah kempis .

Ketiga , batch unity . Selama aku sekolah sebelum ni tak pernah pulak kisah pasal nak unite dengan batch sendiri . Masing-masing buat hal sendiri . Kadang-kadang gaduh sesama sendiri tak bertegur sampai habis sekolah . Maklum laa budak ramai , susah nak jumpa waktu rehat tu . Tapi bila kat asrama , lain . Batch mesti unite . Kalau tak susah . Batch sendiri jatuh , batch lain senang nak pijak . Sebab tu agaknya setiap batch mesti ada nama batch , presiden and vice president dan selalu sokong sesama sendiri walaupun tak suka mana pon .

Keempat , seniority . Ya Allah , sorry to say . Aku memang sokong seratus peratus kalau setiap sekolah berasrama ada seniority . Bukan nak kata apa laa , tapi kalau seniority tak ada . Junior macam gila pijak senior . Tak fikir hati , perasaan , perut , limpa and semuanya pasal senior . Kitorang banyak bagi muka sebab masing-masing tak biasa dengan suasana asrama . Tak reti nak bersenior-junior ni . Hasilnya , kasut pinjam tak cakap , makan minum pakai ambik , bahasa kesat kurang ajar , shower dah cupp pon pakai masuk , dah langgar jeling orang , potong barisan , mengadu kat mak bila marah , mengelat tugas-tugas yang wajib and banyak lagi yang tak mampu disebutkan . Tak tahu nak buat apa . Tak tahu nak cakap apa . Tegur dah , nasihat dah , marah pon dah . Hadap je laa .

Kelima , persaingan . Jelas laa kalau masuk sekolah budak pandai persaingan dalam semua aspek tu bertambah . Pelajaran , memang menangis kalau pointer rendah . Rasa macam tak berguna , macam bodoh je kat situ . Semua orang akan rasa . Tak boleh nak elak . Kokurikulum , cemburunya laa tengok kawan-kawan yang asyik keluar sebab aktiviti atau pertandingan . Kita ni tak tau laa apa sebenarnya kebolehan yang ada ni , hasilnya tak ada sesiapa nak ambik wakil maktab . Sukan tak suka , public speaking segan , robotik tak pandai , designing tak kreatif pulak . Entah laa . Nak mandi pon satu persaingan ye . Siapa cepat tak payah berebut . Macam-macam ..

Ringkasannya , aku terima seadanya . Aku terima sebab aku mampu . Aku terima sebab aku nak cuba . Semua ni mengajar aku . Semua ni buat aku tahu . Semoga aku lebih matang . Semoga lebih rasional tahun-tahun seterusnya .

Doakan aku ^^

~Wassalam , xoxo

No comments:

Post a Comment