Refugees


~Assalammualaikum

Hari ni terasa gatal tangan nak menulis tentang isu yang sedang meruncing di negara kita ni . Isu tentang pelarian Rohingya . Bila membaca tentang isu ni dalam akhbar dan mendengarnya dalam televisyen , pendapat saya berkenaan isu ini bercampur-baur . Wajarkah kita , sebagai negara jiran , memberi perlindungan kepada pelarian ini di negara kita ? Pandangan saya berkenaan persoalan ini mempunyai pro dan kontra nya .

Saya mulakan dengan sebab saya menyokong persoalan tersebut . Malaysia sebagai sebuah negara yang mengangkat Islam sebagai agama rasmi , mengamalkan demokrasi dan mementingkan keamanan , patut memberi perlindungan kepada pelarian Rohingya tersebut . Hal ini bertepatan dengan amalan agama yang menjadi landasan kehidupan majoriti rakyat negara ini kerana pelarian tersebut juga seagama . Mengapa perlu prejudis jika engkau kata kita bersaudara ? Mereka juga manusia .

Tapi di sebalik nya , bila diberi betis nak paha . Itu yang saya sebagai warganegara Malaysia tidak boleh tahan . Sebagai contoh , ada di antara pelarian tersebut terlepas dan telah menetap lama di Malaysia ini . Mereka bekerja untuk menyara kehidupan . Baru-baru ini saya terlihat laporan yang disediakan oleh seorang wartawan dalam berita , berkenaan pengemis lampu isyarat . Pendapatan pengemis-pengemis ini ialah RM 9000 sebulan . Siapakah pengemis tersebut ? Merekalah pelarian Rohingya yang saya sebutkan tadi . Mengemis di lampu isyarat dan menyebabkan kesesakan lalu lintas .

Hal ini boleh menjatuhkan imej negara di mata dunia . Malaysia akan dipandang rendah setaraf dengan negara yang kurang berpendapatan sedangkan , Malaysia kini dalam proses mencapai status negara maju selaras dengan kehendak kerajaan . Ada juga di antara pelarian ini yang melakukan jenayah seperti pecah rumah dan sindiket peminta sedekah . Hal ini pula membawa kepada peningkatan kadar jenayah negara yang seterusnya menaikkan darjah ketakutan penduduk dan pelancong asing ke negara kita . Ini menyebabkan sumber pendapatan negara dalam sektor pelancongan jatuh justeru rakyat di negara ini juga yang menanggung natijahnya .

Di sini saya ingin menegaskan peranan kerajaan dan pihak berkuasa dalam mendepani isu-isu sebegini . Pihak berkuasa yang bertugas menjaga sempadan negara perlulah bersikap amanah dan tidak memandang ringan akan isu ini . Pihak berkuasa juga hendaklah bertindak tegas terhadap individu-individu yang cuba menutup jejak mereka dengan memberi rasuah . Rasuah tidak memberi apa-apa kebaikan kepada diri apatah lagi masyarakat dan negara . Pihak berkuasa perlu mempunyai integriti dan tanggungjawab dalam pekerjaan masing-masing untuk memelihara keamanan dan keharmonian negara .

Pihak kerajaan pula , hendaklah mengambil tindakan tegas dan menjelaskan pendirian negara terhadap isu ini . Kerajaan perlu mengambil kira pandangan semua pihak dan akibatnya kepada masyarakat dan pembangunan negara . Isu ini bukan sahaja berkaitan dengan memberi perlindungan , tetapi juga berkenaan dengan nyawa manusia . Pendirian tegas kerajaan diperlukan dalam menyelesaikan isu ini yang melibatkan negara serantau .

Ini cuma pendapat saya berkenaan isu ini . Namun , peranan yang sewajarnya perlu dimainkan oleh semua pihak untuk kesejahteraan bersama . Maaf sekiranya terdapat kesalahan fakta dan kata , saya hanya mengutarakan pendapat saya sebagai rakyat Malaysia .

~Wassalam , xoxo #Malaysians

No comments:

Post a Comment